|
Pihak Syarikat memohon jutaan kemaafan di atas kelewatan menjalankan projek plot dan antara faktor –faktor kelewatan adalah :
1. Kemelut ekonomi yang terjejas tahun tersebut.
2. Projek terjejas berdasarkan pihak bank lewat membayar tuntutan bayaran kepada pihak kami sehingga 6 bulan.
3. Pihak pembekal bahan binaan menarik kembali fasiliti kredit serta merta di atas kelewatan tersebut.
4. Harga bahan binaan naik ketika itu.
5. Sub kontraktor menarik diri di atas bayaran mereka terjejas.
6. Unsur-unsur sabotaj yang tak perlu kami jelaskan di sini.
Pihak kami mengharap pihak peserta plot dapat bersabar di atas kemelut yang pihak kami hadapi kini. Pihak kami berdiam selama ini disebabkan pihak kami memerlukan kekuatan, tenaga, semangat dan modal untuk kami kembali menyelesaikan kemelut ini sepenuhnya. Pihak kami yakin mampu maju kembali cuma pihak kami memerlukan budibicara peserta-peserta plot memberi kami ruang dan masa bagi menggerakkan kembali projek tersebut.
Sehubungan itu, pihak kami dengan penuh rendah diri merayu pertimbangan sewajarnya dari semua peserta yang terlibat agar berdoa dan memberi sokongan kepada kami bagi menjayakan hasrat kami ini untuk MEMBAYAR kembali wang plot dengan kadar segera.
Yang Ikhlas.
Pihak Pengurusan
|